Cari Blog Ini

Selasa, 12 Julai 2011

Maher Zain

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang..

Saya amat mengagumi seorang hamba Allah yang merupakan seorang artis..hamba Allah ini telah menceburi bidang seni lalu menyampaikan dakwah Islam melaluinya..

Hamba Allah yang saya maksudkan ialah Maher Zain..sejujurnya, saya amat meminati penyanyi tersebut..kerana lagu yang dibawa olehnya merupakan lagu berunsurkan Islam, penuh dengan pengajaran dan inspirasi untuk umat Islam sedar akan perkara yang berlaku di dunia dan apa yang perlu saudara sesama Islam lakukan..lirik lagunya yang menyentuh tentang  keagungan, kekuasaan Allah Subhanahuwataa'la, Pemilik alam semesta dan keperibadian Rasulullah Salallahua'laihiwasalam, Nabi junjungan umat Islam membuatkan sesiapa yang menyanyikan lagunya sentiasa mengingati Allah dan PesuruhNya..


Sesungguhnya, saya percaya bahawa ada hikmah tentang apa yang berlaku di alam ini..hikmah Maher Main terkenal di mata dunia adalah untuk menyampaikan dakwah Islam..semua ini terjadi juga disebabkan keinsafan dirinya terhadap dosa pada masa lalu dan berkat usahanya yang tidak mengenal erti jemu..

Sekarang ini, di Malaysia..kita hanya menunggu lagu-lagu terbaru Maher Zain seperti Freedom..


Alhamdulillah..tanpaMu ya Allah..semua ini tak akan terjadi..melainkan dengan kehendakMu ya Allah..dengan kehendakMu..hambaMu ini telah mempengaruhi fikiran dan minda kebanyakan umat Islam di Malaysia..


 Dengan ini, saya akhiri dengan serangkap lirik lagu Maher Zain, 'Open Your Eyes' , daripada album sulungnya, Thank You Allah :

Allah You created everything,
we belong to You,
ya Robb we raise our hands,
forever we thank You..

Alhamdulillah...